Syarikat pengendali pawagam terbesar malaysia, Golden Screen Cinemas (GSC) mengingatkan orang ramai sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan menjelang pembukaan semula pawagam esok.<br />Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas Group, Koh Mei Lee berkata, ia bagi mencegah jangkitan COVID-19 dan membantu pihak pengusaha industri untuk terus menyediakan platform hiburan kepada penonton seisi keluarga.
